Rabu, Februari 22, 2012

Rabu, Februari 01, 2012

Mesyuarat Persediaan & Lawatan Tapak Rovermoot Selangor 2012

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan menjalankan program diatas pada butiran berikut:-
  • Masa : 2.30 Petang (11 Feb 2012)
  • Tarikh : 11-12 Febuari 2012 (Sabtu-Ahad)
  • Lokasi : Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort
  • Agenda : Persediaan dan lawatan tapak Rovermoot Selangor 2012

Surat pelantikan sebagai petugas/pegawai rovermoot akan dikeluarkan semasa mesyuarat. Peserta mesyuarat diminta untuk bermalam di kem untuk sidang pemurnian perancangan rovermoot pada sebelah malamnya (sabtu). Semua AJK Rovermoot, AJK SKS, ADC unit kelana & Pemimpin Pasukan2 Kelana diwajibkan hadir. Harap maklum

Khamis, Januari 19, 2012

Mesyuarat Persediaan Rovermoot Selangor 2012

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan mengadakan mesyuarat persediaan Rovermoot Selangor 2012 pada butiran berikut:-
  • Masa : 2.30 Petang
  • Tarikh : 28 Januari 2012 (Sabtu)
  • Lokasi : Kem Temasya Rimba Templer
  • Agenda : Persediaan Rovermoot 2012
  • Kod Pakaian : Kemas & Berskaf
Sehubungan dengan itu, diminta pihak tuan membawa apa-apa dokumen jika ada seperti kertas kerja, buku program dan risalah rovermoot yang pernah disertai untuk dijadikan rujukan perancangan rovermoot. Semoga dengan kehadiran pihak tuan dapat melicinkan perancangan Rovermoot Selangor 2012. 
Harap maklum dan terima kasih.

Jumaat, November 04, 2011

Mesyuarat Persediaan dan Lawatan Tapak Rovermoot Selangor 2012

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat dan lawatan tapak Rovermoot Selangor 2012 pada butiran berikut:-
  • Masa : 2.30 Petang
  • Tarikh : 12 November 2011 (Sabtu)
  • Lokasi : Mutiara Semenyih Training Centre & Eco Resort, Jalan Sungai Lalang, Semenyih
  • Agenda : Persediaan Jawatankuasa Rovermoot 2012
  • Kod Pakaian : Kemas Berskaf
Sehubungan dengan itu, diminta jawatankuasa dan ahli-ahli membawa apa-apa dokumen utk proposal, cadangan dan pandangan untuk mesyuarat persediaan kali ini.

Rabu, Oktober 12, 2011

JOTA / JOTI Dunia ke-54 PPM Negeri Selangor

The theme of the event this year is "Peace, Environment and Natural Disasters"


PPM Negeri Selangor akan menganjurkan JOTA Dunia ke 54 di dua lokasi pada 14-16 Oktober 2011:-

Semua kelana / pemimpin dijemput untuk memeriahkan JOTA kali ini, sebarang pertanyaan dan pemakluman oleh berhubung dengan En. Hussairy 0192585759 untuk stesen 9M4SJB dan En.Faisal untuk Stesen 9M4SJL. Untuk informasi tentang stesen JOTA peringkat dunia dan kebangsaan boleh merujuk di laman web:-
http://www.qsl.net/9m2ppm/ dan
http://scout.org/en/information_events/news/2011/jota_joti_2011