Memaparkan catatan dengan label jota joti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jota joti. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 12, 2011

JOTA / JOTI Dunia ke-54 PPM Negeri Selangor

The theme of the event this year is "Peace, Environment and Natural Disasters"


PPM Negeri Selangor akan menganjurkan JOTA Dunia ke 54 di dua lokasi pada 14-16 Oktober 2011:-

Semua kelana / pemimpin dijemput untuk memeriahkan JOTA kali ini, sebarang pertanyaan dan pemakluman oleh berhubung dengan En. Hussairy 0192585759 untuk stesen 9M4SJB dan En.Faisal untuk Stesen 9M4SJL. Untuk informasi tentang stesen JOTA peringkat dunia dan kebangsaan boleh merujuk di laman web:-
http://www.qsl.net/9m2ppm/ dan
http://scout.org/en/information_events/news/2011/jota_joti_2011

Jumaat, Mei 07, 2010

Jambori Pengakap 1Belia 1Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Perkhemahan Pengakap 1Belia 1Malaysia bersempena sambutan Hari Belia Kebangsaan pada butiran berikut :-
  • Tarikh :  14-16 Mei 2010
  • Lokasi :  Taman Wetland, Putrajaya
  • Tema :  Kemahiran Dan Inovasi Pengakap
  • Penyertaan :  PM/PR/PK/Pemimpin/Pesuruhjaya
Jambori di Udara (JOTA) Kebangsaan kali ke-3 juga akan diadakan pada 15 Mei di tapak jambori. Hubungi pesuruhjaya daerah masing-masing untuk maklumat pendaftaran.

Khamis, Oktober 15, 2009

JOTA/JOTI Dunia ke-52/13


TEMA: Climate Change Challenge C3 (Cabaran Perubahan Iklim)

Tema untuk Perhubungan Pengakap Sedunia pada tahun ini adalah isu-isu berkaitan Alam Sekitar selaras dengan kerja-kerja dan tumpuan sedunia kepada United Nations Framework Convention on Climate Change Conference (COP 15) di Copenhagen pada 7-18 Disember 2009. Oleh itu 'C3' adalah platform terbaik dalam menunjukkan kepada dunia usaha jutaan pengakap di seluruh dunia untuk memelihara alam sekitar dan mengambil langkah positif untuk menentang perubahan iklim. Perbincangan di radio dan internet semasa JOTA/JOTI akan menyumbang ke arah mempertingkatkan kesedaran peserta kepada isu-isu alam sekitar berdasarkan kepada World Scout Environment Programme.

Stesen JOTA yang berhampiran:-

Pendaftaran JOTI: http://www.joti.org/

Rabu, Julai 29, 2009

JOTA APR ke-5 dan Kem Ujian Lencana Kegiatan & Perkhidmatan Pengakap Remaja Negeri Selangor


Jambori Di Udara APR ke-5 dan Perkhemahan Ujian Lencana Kegiatan dan Perkhidmatan Pengakap Remaja Negeri Selangor akan diadakan pada butiran berikut:-
  • Tarikh: 31/07/09 - 02/08/09
  • Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam, Kuala Selangor

Sehubungan dengan itu kelana selangor yang berminat menjadi petugas di kem ini boleh mendaftar dengan menyertakan nama, daerah dan no.hp ke alamat email kelanaselangor@gmail.com . Mesyuarat petugas adalah pada 8.00 malam (31/07/09). Makanan disediakan dan sila bawa khemah sendiri.


Segala pertanyaan boleh dirujuk kepada Penolong Pesuruhjaya Negeri (Tugas Khas - Unit Kelana) En. Mohd Fadzil Yusuf di talian 012-3035531

Harap maklum dan terima kasih

Sabtu, Mei 09, 2009

Jamboree On The Air (JOTA) Malaysia ke-2 2009

PPM Daerah Sungai Besar dan PPM Daerah Gombak akan membuka Station JOTA Malaysia kali ke-2 pada butiran berikut:-
  • Tarikh: 16 Mei 2009
  • Masa: 9.00am - 5.00pm
  • Lokasi: 9M1CSB - SK Parit 4, Sungai Besar.
  • Lokasi: 9M1CSG - SMK Hillcrest, Sri Gombak.

Dianggarkan 22 Station JOTA dari seluruh Malaysia akan dibuka bermula dari 15 hingga 17 Mei ini. Maklumat lanjut berkenaan JOTA Malaysia ke-2 boleh dilayari di laman berikut:-

Semua Kelana Selangor dijemput hadir ke Station JOTA Negeri Selangor untuk berkomunikasi dengan pengakap semalaysia!

CQ CQ CQ JOTA Malaysia... CQ CQ CQ JOTA Malaysia...

~de 9W2FRR