Rabu, Februari 03, 2010

Mesyuarat Agung Kali Ke-2 Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-2 pada butiran berikut:-
  • Masa : 9.30 pagi
  • Tarikh : 28 Febuari 2010
  • Lokasi : Kem Rimba Templer
  • Pakaian : Uniform Lengkap
  • Surat Siaran : Telah dihantar kepada semua pesuruhjaya daerah atau muat turun disini
  • Perasmi : Tn. Hj. Ishak Mohd Joned, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor 
Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan kehadiran penolong pesuruhjaya daerah tugas khas unit kelana, pemimpin pasukan kelana, ahli jawatankuasa pasukan kelana dan ahli pengakap kelana ke mesyuarat kali ini. Semoga dengan kehadiran pihak tuan dapat menjana idea dalam memantapkan lagi pasukan-pasukan pengakap kelana di Negeri Selangor.

Harap maklum
Aturcara Majlis:-

  •  9.30 - Ketibaan Peserta  
  • 10.00 - Ketibaan Jemputan  
  • 10.15 - Negaraku, Persetiaan & Doa  
  • 10.30 - Ucapan Aluan dari Pengerusi Sekretariat  
  • 10.45 - Ucapan Perasmian dari Pesuruhjaya Pengakap Negeri  
  • 11.00 - Jamuan  
  • 11.30 - Mesyuarat Agung 
  • 12.30 - Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung  
  • 1.00 - Bersurai

Tiada ulasan: