Jumaat, Disember 10, 2010

Program Membina Pondok Kekal Fasa 2 Pengakap Kelana Negeri Selangor 2010

Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan menjalankan program membina pondok kekal fasa 2 pada butiran berikut:-
  • Tarikh : 25 & 26 Dis 2010 (boleh masuk kem bermula pada 6.00 malam 24 Dis 2010)
  • Lokasi : Kem Temasya Rimba Templer
  • Surat Siaran : Muat turun disini
Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak tuan membawa peralatan pembinaan seperti gergaji, tukul, gerudi mesin, gergaji mesin dan apa jua peralatan yang difikirkan perlu. Segala perbelanjaan bahan pembinaan dan makanan peserta sepanjang program akan diuruskan oleh pihak Majlis Pengakap Negeri Selangor.

Sekretariat juga akan mengadakan mesyuarat program untuk tahun 2011 pada 9.00 malam 25 Dis 2010 di Kem Templer. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada pengerusi sekretariat En. Sahrom Jaafar di talian 016-6076460.

Semua Pengakap Kelana Selangor dijemput hadir.

Tiada ulasan: